<$BlogRSDURL$>

Thursday, March 01, 2007

Saya agak perihatin dan risau bila saya melihat log kemasukan ke blog ini, hampir 2-3 pengunjung (baca: bukan ramai, dan blog ini tidak popular) masuk ke laman ini melalui enjin carian dengan kata pengguguran anak.

Pembaca Blog
Sekiranya ingin membuat kajian tentang halal haram pengguguran anak, saya rasa itu sudah jelas.

Tetapi sekiranya pembaca-pembaca ada masalah rumit, peribadi dan tidak tahu bagaimana untuk diselesaikan sehingga terpaksa ke enjin carian, Insya'Allah mari kita sama-sama mencari jalan.

Setiap yang rumit itu ada jalan penyelesaiannya, yakinlah, Insya'Allah.

Apa-apa saya boleh dihubungi aeab@iiu.edu.my atau hubungi sahaja 016 2789880. Insya'Allah maslaah ummah masalah bersama.

Labels: ,


Bebal adalah istilah lama untuk menunjukan kemalasan atau kepandiran berfikir, Dia bukan bodoh, kerana bodoh menujukan kurang cerdik tetapi bebal ini boleh terjadi kepada orang yang bijak laksana sekalipun. Sudah pasti orang bijak tidak boleh menjadi bodoh, tetapi orang bijak boleh menjadi bebal.

Bebal tidak patut ada pada pentadbir, kerana pentadbir dari kata tadbir, ta da ba, yang merujuk juga kepada kata dasar tadabbur, belajar, orang yang mentadbir adalah orang yang di dalam keadaan belajar, learning, dan sudah pasti rumusan atau keputusan hasil dari tadbir itu memerlukan buah fikiran dan renungan dalam. Tadbir juga merujuk kepada pentadbiran diri, akal di letakan untuk mengawali hawa nafsu.

Pasal itu ulama silam sebelum membuat sesuatu, selain bermesyuarat, mereka juga berdo'a minta keputusan mereka memberi kesan baik. (Rujuk Imam Syafi'e di dalam mengeluarkan fatwa, Imam Bukhari di dalam menerima hadith etc)

Ikon atau contoh bebal sudah pastinya Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai, dan rakannya Pak Pandir, bebal seperti yang di sebut di atas adalah kemalasan berfikir, bukan kerana kurang bijak cuma malas, satu trajedi!

Contoh-contoh bebal yang dapat saya perhatikan
Dari Universiti PTS,
Tulisan Pn Ainon:

apabila DBP menarik balik 7 majalah yang diswastakannya kepada Karangkraf lalu diserahkan kepada DAWAMA, DBP tidak mengambil lebih 20 orang staf Karangkraf yang selama ini menguruskan penerbitan 7 majalah itu.

Mereka ditinggalkan pada Karangkraf, sebaliknya DBP mengambil staf baru bagi menguruskan penerbitan majalah-majalah itu.

Apakah yang hendak dilakukan oleh pengurusan Karangkraf dengan 20 orang itu? Sedangkan gaji, Socso, EPF dan insurans kesihatan mereka wajib dibayar setiap bulan.

Staf itu mempunyai pengalaman menguruskan penerbitan majalah-majalah ilmu pengetahuan untuk pasaran pelajar. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di negara ini, dengan rangkaian pengedaran yang paling kuat dan paling luas.

Logik bisnesman singkek pun tahu apa jawapannya: Arahkan staf itu supaya menerbitkan majalah yang serupa! Tapi lebih cantik dan lebih murah!

Maka, dalam tempoh sehari dua ini pasaran akan mendapat majalah baru terbitan Karangkraf, dengan nama, apa lagi… @SISWA!

@SISWA dijual RM2.50 sen. Dewan Siswa dijual RM5.50 sen.

@SISWA dicetak menggunakan proses pemisahan warna dan mesin cetak berteknologi canggih. Dewan Siswa dicetak menggunakan mesin yang diwarisi daripada kilang cetak DBP.

@SISWA diedarkan oleh rangkaian pengedaran majalah terbesar negara ini. Dewan Siswa diedarkan melalui kedai-kedai DAWAMA.

@SISWA akan sampai ke kedai-kedai seluruh negara pada 22 haribulan tiap-tiap bulan. Dewan Siswa sampai 15 hari lebih lewat.

Manakala @SISWA dikendalikan oleh oleh tim editorial yang bermotivasi tinggi mahu mengalahkan Dewan Siswa, sebaliknya Dewan Siswa dikendalikan oleh tim cari makan!

Puaslah hati DBP.

___

Contoh Ke dua

Sebuah IPT (bukan UIA) telah memutuskan untuk menutup unit IT dan memberi tumpuan kepada subjek-subjek kejuruteraan sebagai teras atau niche IPT tersebut, pensyarah-pensyarah IT yang telah 7-8 tahun mengajar di sana telah ditukarkan ke sebuah lagi IPT baru yg ditubuhkan.

Bila semester bermula, kebanyakan pelajar-pelajar kejuruteraan ini adalah di wajibkan (required) utk mengambil subjek-subjek IT, dan kerana Unit IT telah dipindahkan, mereka hanya mempunyai 2 orang pensyarah IT untuk mengajar subjek IT kepada 1000 lebih pelajar.

Pentadbiran IPT ini kemudiannya mengambil pensyarah-pensyarah baru yg baru tamat pengajian untuk menampung keperluan. Pensyarah-pensyarah tanpa pengalaman berhadapan pula dengan pelajar-pelajar, semester telah bermula, habis kelam kabut semua.

Kemduiannya pentadbiran IPT lama ini menghubungi pensyarah yang telah ditukarkan tadi untuk bekerja kembali di tempat lama. Rasa anda mereka mahu atau tidak?

_____

Contoh ketiga... banyak pentadbiran sekarang suka untuk tidak berfikir mengenai masalah, ada masalah cari secepat mungkin penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang atau tanpa renungan mendalam.

Satu ikutan masa sekarang adalah penswasta'an. Ada unit atau bahagian yang dirasakan bermasalah dan perlu penyelesain segera, swasta adalah jawapannya. Dengan penswastaan mutu perkihdmatan dapat di tingkatkan kononnya.

Satu organisasi ini telah meswastakan unit keselamatannya, tetapi yang menarik kes-kes melibatkan kecurian, keselamatan semakin meningkat paling tidak sama dengan sebelum penswastaan

Kemudian dalam satu lawatan mengejut pada waktu malam, pihak pengurusan organisasi ini mendapati satu-satu kawasan hanya terdapat seorang pengawal keselamatan yang menjaga, di mana ia tidak mencukupi, kerana satu-satu kawasan itu besar lebih kurang 10 ekar.

orang rasional mesti akan dapat melihat ketidakwajaran perkara tersebut, tetapi dengan penswastaan semakin ramai pekerja semakin kurang untung, apatah lagi dengan organisasi tersebut telah bersetuju menggunakan perkhidmatan keselamatan tersebut selama 5 tahun, jadi mereka kena terima sahajalah.


This page is powered by Blogger. Isn't yours?